Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19 jejas pengeluaran jet pejuang F-35

COVID-19 jejas pengeluaran jet pejuang F-35

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pengeluar F-35, Lockheed Martin telah memperkenalkan langkah baharu bagi mengekang impak wabak COVID-19 yang telah menjejaskan pengeluaran jet pejuang itu.

“Pihak kami sedang mengambil langkah proaktif bagi membendung impak COVID-19 kepada program F-35,

“Langkah ini melibatkan penyusunan semula jadual, mengutamakan pekerja berkemahiran khusus serta mempercepatkan bayaran kepada para pembekal,” kata Lockheed Martin dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah ini perlu diambil bagi memastikan komitmen pihak syarikat kepada pengguna dapat dipenuhi.

“Jadual kerja baharu itu akan bermula pada 23 Mei ini,” jelasnya.

Lockheed Martin akan memperkenalkan jadual kerja baharu mulai 23 Mei ini bagi mengurangkan impak COVID-19.

Terdahulu, Greg Ulmer, Timbalan Presiden Lockheed Martin mengesahkan penghasilan F-35 terjejas akibat COVID-19.

“Kadar penghasilan jet pejuang adalah pelahan untuk tempoh dua tiga bulan,” katanya dalam satu wawancara dengan Reuters.

Beliau menambah, syarikat pembekal alatan dan dan struktur jet pejuang antara yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Lockheed Martin merupakan syarikat pengeluar jet pejuang generasi kelima F-22 dan F-35. Berbeza dengan F-35, F-22 Raptor merupakan jet pejuang yang tidak dijual kepada mana-mana negara selain Amerika Syarikat.

F-35 mempunyai 3 varian berbeza mengikut keperluan pelanggan Lockheed Martin.  Selain digunakan oleh Amerika Syarikat, F-35 turut dibekalkan kepada 12 buah negara sekutu.

Singapura merupakan negara pelanggan terbaharu F-35 selepas permintaan negara itu telah diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada Januari lalu.

Negara pulau itu telah mencadangkan perolehan sebanyak 12 buah F-35B.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!