Home Politik PRK DUN Chini 4 Julai ini – SPR

PRK DUN Chini 4 Julai ini – SPR

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 15 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang diadakan pada Sabtu, 4 Julai 2020.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun, manakala tarikh mengundi awal ialah pada 30 Jun.

“SPR akan menyediakan saluran khusus bagi pengundi yang berumur 60 tahun dan ke atas di setiap Pusat Mengundi,

“Masa mengundi pada jam 8 pagi sehingga 5.30 petang, dengan 20 saluran baharu berbanding 46 saluran pada PRU14,

“Bagi pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) akan mengundi di Saluran 1,” jelas Azhar.

Azhar menegas SPR juga memastikan proses PRK Dun Chini akan selari dengan arahan kerajaan yang menguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam menangani wabak COVID-19.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur yang dipercayai akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang merupakan calon Barisan Nasioanal (BN) mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan undian sebanyak 10,027.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!