Home Semasa COVID-19: Solat Jumaat dan berjemaah dibenarkan di semua masjid, surau terpilih mulai esok

COVID-19: Solat Jumaat dan berjemaah dibenarkan di semua masjid, surau terpilih mulai esok

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 14 Mei – Semua masjid dan surau yang terpilih di Wilayah Persekutuan boleh melakukan solat Jumaat dab berjemaah setiap waktu termasuk solat tarawih serta solat sunat Aidilfitri, bermula esok (15 Mei 2020) ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid, surau terpilih boleh dilaksana secara berperingkat mulai esok.

“Ia adalah berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5,

“Mesyuarat memutuskan bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang dari 3 orang tidak termasuk iman dan tidak lebih dari 30 orang,

“Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut berkata, pihak masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk mengawal keadaan.

“AJK masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih juga perlu memastikan SOP MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya,

“Berhubung dengan bilangan jemaah, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing setelah mendapat nasihatan daripada KKM dan MKN,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa agama negeri-negeri juga diminta untuk mengambil serius beberapa garis panduan berikut:

1. Mengadakan kauter di pintu masuk yang dihadkan bilanganya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.

2. Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan termasuk tandas dan ruang wudhu sebelum dan selepas solat.

3. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu masa.

4. Ahli jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarahkan pulang.

5. Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran.

6. Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!