Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen tahan 1,368 PATI di Pasar Borong Kuala Lumpur

Imigresen tahan 1,368 PATI di Pasar Borong Kuala Lumpur

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seramai 1,368 Pendatang Asing Tanpa Izin dalam satu serbuan di Pasar Borong Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 7,551 warga asing telah diperiksa dalam operasi itu.

“Kesemua mereka telah dibawa ke JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk proses dokumentasi,

“Mereka yang ditahan itu terdiri daripada warganegara Indonesia seramai 421 orang, 54 India, 6 Pakistan, 790 Myanmar, 78 Bangladesh dan selebihnya lain-lain warganegara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jumlah tahanan itu terdiri daripada 1,009 orang lelaki, 261 wanita dan 98 kanak-kanak.

“Semua warga asing yang diperiksa telah disahkan negatif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

Khairul Dzaimee berkata, antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialan tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, memiliki dokumen (pas/permit) palsu dan lain-lain kesalahan melanggar Akta Imigresen.

“Kesemua mereka akan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,

“Mereka semua akan diusir ke negara asal setelah menjalani hukuman dan akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia selama-lamanya,” tegasnya.

Artikel berkaitan: Imigresen gempur PATI di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur

Operasi yang bermula pada jam 6.30 pagi itu disertai seramai 1,136 orang pegawai yang terdiri dari pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Operasi ini meliputi seluruh zon dalam kawasan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ke-6 (PKPD 6).

“Kawasan ini menjadi tumpuan lambakan warga asing yang majoritinya bekerja di kawasan pasar borong,” ujarnya. – AirTimes

 

Related Articles

1 comment

Leave a Reply

error: Content is protected !!