Home Semasa Operasi banteras PATI dilaksanakan berterusan, tiada kaitan dengan PKP – Ismail Sabri

Operasi banteras PATI dilaksanakan berterusan, tiada kaitan dengan PKP – Ismail Sabri

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 12 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan operasi membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini merupakan operasi yang berterusan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata operasi tersebut tiada kena mengena dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ismail Sabri menjelaskan, walaupun selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), operasi tersebut tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi mengekang kemasukan PATI ke negara ini.

“Op Bersepadu PATI ini merupakan operasi yang berterusan, bukan sahaja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum PKP pun tetap ada operasi ini oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sebagainya,

“Sekarang waktu PKP. Dulu PKP fasa 1, fasa 2, fasa 3, fasa 4 dan sekarang PKPB, Op PATI tetap berterusan,

“Saya percaya lepas habis PKP pun, operasi ini akan berterusan,

“Op Bersepadu PATI tiada kena mengena dengan PKP samaada PKP 1, 2, 3, 4 atau PKPB. Ia adalah perkara biasa,” jelasnya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut menjelaskan undang-undang kemasukan warga asing tanpa dukumen merupakan undang-undang yang diguna pakai oleh seluruh negara di dunia ini.

“Saya percaya tiada negara di dunia yang memberikan kebebasan kepada rakyat luar tanpa dokumen untuk masuk ke negara masing-masing,

“Semua negara tidak membenarkan kemasukan pendatang-pendatang luar  tanpa dokumen. Mereka yang masuk tanpa dokumen ini akan ditahan dan diambil tindakan,

“Kalau ada yang mengkritik daripada luar atau sebagainya,mereka perlu melihat undang-undang negara mereka sendiri adakah mereka membenarkan kemasukan warga asing ini tanpa dokumen ke negara mereka,

“Tindakan kita (kerajaan) adalah benar dan berpatutan kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang jelas mengenai PATI,” tambahnya lagi.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!