Home Semasa Menteri Kesihatan tuntut ganti rugi RM30 juta daripada C4

Menteri Kesihatan tuntut ganti rugi RM30 juta daripada C4

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 12 Mei – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta terhadap Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) yang mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB) bagi mendapat kontrak secara perolehan darurat untuk pelaksanaan ‘Lab Maligation Solution For COVID-19’.

Peguam, Nasser Yusof yang mewakili Dr Adham berkata, C4 diberi masa 7 hari bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas penyebaran artikel pada 11 Mei 2020 yang mendakwa anak guamnya terlibat dalam skandal perolehan bernilai RM30 juta yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam, Nasser Yusof berkata anak guamnya mahu permohonan maaf dibuat melalui media sosial, sidang akhbar, dan laman web C4 serta menarik balik tohmahan tersebut – Foto AirTimes/Azuwan

“Sekiranya dalam tempoh tersebut C4 tidak berbuat demikian kami akan memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi,

“Selain itu, anak guamnya menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta dan permohonan maaf dibuat melalui media sosial, sidang akhbar, dan laman web C4 serta menarik balik tohmahan tersebut yang jelas merosakkan reputasi Dr Adham sebagai Menteri Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan notis tuntutan saman fitnah di hadapan pejabat C4, Petaling Jaya 8 Avenue hari ini.

Namun menurut peguam Dr Adham, setelah tiba di pejabat C4 didapati tutup dan tidak beroperasi.

Peguam Nasser Yusof menampal satu salinan notis tuntutan tersebut di hadapan pintu pejabat C4 – Foto AirTimes/Azuwan

“Maka selanjutnya kami akan menghantar melalui serahan tangan dan pos daftar ke alamat yang tertera didalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui carian di Brickfields dan juga melalui setiausaha syarikat itu di Gombak,

“Dalam pada masa, bagi memenuhi tuntutan bahawasanya kita telah hadir pada hari ini, kita telah pun menampal satu salinan notis tuntutan tersebut di hadapan pintu pejabat C4,

“Kami memohon agar pihak C4 untuk tampil kehadapan bagi menerima tuntutan ini untuk kita capai keadilan melalui proses mahkamah,” katanya.

Wakil kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan notis tuntutan yang diserahkan kepada di pejabat C4 – Foto AirTimes/Azuwan

Semalam Pejabat Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, tuduhan C4 kepada Dr Adham tidak benar, berniat jahat dan bersifat ‘pembunuhan karakter’ kepada beliau.

“Dr Adham tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB atau pemegang saham syarikat terbabit.

Dalam pada itu, C4 dalam kenyataan semalam mendakwa antara syarikat yang menerima kontrak daripada Kementerian Kesihatan Malaysia adalah KJSB yang mana dua daripada anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan didapati orang sama dalam syarikat pemegang saham badan yang mengendalikan rangkaian klinik Dr Adham. – AirTimes

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!