Home Semasa COVID-19: Malaysia catat rekod jangkitan harian terendah, tiada kematian dilaporkan

COVID-19: Malaysia catat rekod jangkitan harian terendah, tiada kematian dilaporkan

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 12 Mei – Malaysia hari ini mencatat kes baharu terendah dengan hanya merekodkan 16 kes positif akibat wabak pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 16 kes baharu tersebut, 9 kes adalah dari kalangan bukan warganegara Malaysia.

Manakala 3 kes daripadanya merupakan kes import dan 13 penularan tempatan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak di negara ini sebanyak 6,742 kes,

“Kesemua kes positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 3 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19.

Beliau turut memaklumkan tiada sebarang kes kematian direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak berkenaan itu kekal sebanyak 109 kes.

Manakala bilangan kes pesakit sembuh pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 110 kes telah discaj dan telah dibenarkan keluar wad hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!