Home SemasaGlobal Tentera India dan China cedera dalam pertempuran di sempadan pergunungan.

Tentera India dan China cedera dalam pertempuran di sempadan pergunungan.

by Nor Azlan Mohd Nor

TIBET, 11 Mei – Beberapa anggota Tentera India dan Tentera China cedera dalam pertembungan melibatkan pergaduhan dan lontaran batu di sempadan pergunungan berhampiran Tibet pada hari Ahad lalu.

“Tingkah laku agresif oleh kedua-dua pihak mengakibatkan cedera ringan pada kedua-dua pasukan,”kata jurucakap Komando Timur Tentera India, Mandeep Hooda.

Kejadian itu bermula pada hari Sabtu disektor Naku La berhampiran persimpangan Nathu La diketinggian 15,000 kaki (4,572 meter) ditimur laut Sikkim yang bersempadan dengan Bhutan, Nepal, kata Hooda.

Dianggarkan seramai 150 askar terlibat secara tidak langsung.

Pada tahun 2017, berlaku ketegangan di wilayah Doklam, Bhutan yang berlanjutan selama dua bulan setelah tentera India menghantar tenteranya untuk menghentikan tentera China membina jalan di sana.

Hubungan dua kuasa besar dunia itu bertambah baik berikutan perbincangan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri India Narenda Modi di Wuhan, China pada 2018. Kedua-duanya juga bertemu sekali lagi pada Oktober tahun lalu di Chennai, India.

Sehingga kini China masih berusaha menuntut hampir 90,000 kilometer persegi (35,000 batu persegi) wilayah di bawah kawalan New Delhi – Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply