Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat A400M hantar pulang 19 rakyat Malaysia bebas COVID-19

Pesawat A400M hantar pulang 19 rakyat Malaysia bebas COVID-19

by Nurulhuda

SUBANG, 9 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan  penerbangan dengan menghantar pulang 19 lagi rakyat Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan yang disahkan bebas wabak pandemik COVID-19 setelah selesai menjalani tempoh kuarantin 14 hari di pusat kuarantin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Urusan bagi membawa pulang kesemua mereka yang terdiri daripada penuntut universiti dan pekerja dari luar negara itu diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

TUDM dalam kenyataan berkata, kesemua mereka turut menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron, dan berlepas dari Pangkalan Udara (PU) Subang pada Jumaat.

“Kesemua mereka menjalani pemeriksaan saringan kesihatan oleh petugas perubatan tentera dari Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), PU Subang serta proses disinfeksi barang-barang sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) tatacara pengurusan penumpang pesawat,

“Untuk misi penghantaran udara kali ini, pesawat A400M membawa pulang pelajar dan anak kelahiran negeri berkenaan di 3 lokasi iaitu ke Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan sebelum penghantaran ke lokasi penempatan di daerah kediaman masing-masing diuruskan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),

“Selain penghantaran pulang rakyat tempatan ini, pesawat A400M ini juga turut membuat penghantaran barang keperluan perubatan dan kesihatan melalui penghantaran udara ke kawasan berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, sehingga kini, TUDM telah melaksanakan 6 penerbangan dengan menghantar pulang seramai 159 rakyat Malaysia yang berasal dari Labuan, Sabah dan Sarawak yang pulang dari luar negara.

“Penghantaran ini adalah usahasama melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan TUDM,” katanya.

Geleri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply