Home Semasa Jangkitan COVID-19 meningkat 105 kes

Jangkitan COVID-19 meningkat 105 kes

by M.Daim

PUTRAJAYA, 2 Mei –  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 105 kes baharu COVID-19 telah dikesan.

“Dari jumlah tersebut, sebanyak 11 kes merupakan kes import. Sementara itu, sebanyak 94 kes penularan tempatan dikesan,” kata Dr Noor Hisham semasa sidang media, hari ini.

Beliau menjelaskan, pecahan kes penularan kes tempatan melibatkan 38 pesakit warganegara asing sementara 56 lagi melibatkan rakyat tempatan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 60 kes adalah dikesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

“Semenjak akhir-akhir ini, trend menunjukkan peningkatan kes import dan dari kawasan PKPD,” jelasnya.

Namun, dia memaklumkan rakyat tidak perlu bimbang peningkatan kes ini kerana pesakit telah disaring, diuji dan dirawat di hospital terlebih dahulu.

Menurut Noor Hisham, pada ketika ini sebanyak 1,747 kes COVID-19 masih aktif.

“Sebanyak 31 kes COVID-19 sedang dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan penafasan,” jelas Noor Hisham,

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 116 kes pulih terbaharu telah dicatatkan.

“Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah 4,326 kes. Tiada kes kematian direkodkan,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!