PUTRAJAYA, 30 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dua kematian akibat COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini sebanyak 102 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Manakala bagi pesakit yang telah sembuh hari ini, Dr Noor Hisham menyatakan sebanyak 84 kes telah disaj dan ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah dibenarkan keluar sebanyak 4,171 kes.
“Sehingga ke tengah hari ini, sebanyak 57 kes baharu telah dilaporkan kepada Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan yang menjadikan jumlah kamulatif positif COVID-19 adalah sebanyak 6,002 kes,
“Daripada 57 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 25 kes adalah kes import dan 32 kes adalah penularan tempatan,
“Sebanyak 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” jelas Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Berikut adalah perincian kes kematian COVID-19 di negara pada hari ini :
- Kes kematian ke-101 (kes ke-4,657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah darah. Beliau mempunyai sejarah kontrak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster PUI Bali (iaitu kes ke-4,476). Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 12 April 202 dan disahkan meninggal dunia pada 29 April 2020 jam 4.14 petang.
- Kes kematian ke-102 (kes ke-5,282) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 12.55 tengah hari.