Home PolitikBarisan Nasional PH terima dana USD50 juta bantu Rohingya, kenapa tuduh saya seleweng? – Presiden UMNO

PH terima dana USD50 juta bantu Rohingya, kenapa tuduh saya seleweng? – Presiden UMNO

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dana sebanyak USD50 juta (RM198.9 juta) bagi membantu pelarian Rohingya telah diterima oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau mengulas beberapa dakwaan di media sosial yang menyatakan dana dari Qatar Development Fund  (QDF) telah diseleweng oleh dirinya dan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah kerajaan.

“Semasa BN menjadi kerajaan, kami telah mengusahakan dana bagi membantu pelarian Rohingya. Qatar berbesar hati memberi penajaan terhadap isu Malaysia ketika itu,

“Namun kerajaan ketika itu tidak menerima apa dana atau bantuan bagi membantu Rohingya. Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah. Dana sebanyak USD50 juta diterima ketika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya,” kata beliau menerusi catatan Facebook rasminya.

Menurut Ahmad Zahid, mantan Timbalan Presiden Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah mengesahkan menerima dana tersebut melalui catatan di Facebooknya pada 25 November 2018.

“Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan USD50 Juta kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya,” kata Ahmad Zahid yang memetik kenyataan Facebook Wan Azizah.

Tegas beliau lagi, Duta Qatar Essa Mohamed juga menyatakan kerajaan Qatar telah mengikrarkan AS$50 juta (RM198.9 juta) bagi membantu masyarakat Rohingya di Malaysia.

“Kenyataan ini dikukuhkan dengan kedatangan Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF) dan Pendidikan Yang Penting (EAA), YAM Sheikha Moza Nasser ke Malaysia dan lawatan ke pusat pembelajaran anak pelarian pada 30 April 2019,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan tuduhan beliau menyeleweng dana untuk pelarian Rohingya adalah satu fitnah.

Jelas beliau, kerajaan ketika diperintah BN tidak terima satu sen pun dana asing yang dijanjikan bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini.

“Ketika kerajaan BN memerintah, bantuan itu tidak 1 sen pun yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia pada masa itu atau masuk dalam mana-mana yayasan ataupun masuk dalam akaun peribadi seseorang,

“Pakatan Harapan hendaklah beri penjelasan terperinci mengenai dana ini. Bukan sekadar menyalahkan Barisan Nasional,” ujar Ahmad Zahid. – AirTimes

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!