Home Semasa COVID-19: Permohonan pergerakan rentas negeri bermula hari ini

COVID-19: Permohonan pergerakan rentas negeri bermula hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Apr – Individu yang terkandas dikampung halaman sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan dan yang ingin pulang ke kediaman masing boleh mengekses aplikasi ‘Gerak Malaysia’ bermula hari ini sehingga Rabu (29 April) bagi memudahkan urusan permohonan rentas negeri ketika PKP.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, aplikasi mudah alih dalam talian itu dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

“Melalui aplikasi ini, kod QR (kod respon pantas) unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya sekali gus memudahkan pergerakan pemohon,

“Perlu diingatkan bahawa permohonan permit pergerakan ini hanyalah bagi mereka terkandas di kampung halaman sebaik sahaja PKP diumukan, yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini boleh dimuat turun melalui ‘application store’ seperti ‘Google Play Store’, ‘Apple App Store’ dan ‘HUAWEI AppGallery’.

Tegasnya, semasa pedaftaran kali pertama, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon peranti yang digunakan serta alamat e-mel.

“Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS (Sistem Kedudukan Sejagat), bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon seterusnya meluluskan permit pergerakan,

“Permohonan melalui aplikasi ini juga dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti jumlah mereka yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi,

“Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR dapat dijana secara automatik,”katanya.

Huzir berkata perjalanan perlu dilakukan pada hari yang telah ditetapkan mengikut premit pergerakan yang diluluskan dan maklumat lanjut berhubung jadual serta garis panduan lain akan diumukan pada 29 Apr ini.

“Selain daripada permohonan permit pergerakan rentas negeri, terdapat tatacara untuk memproses beberapa permohonan permit lain yang telah disediakan dalam aplikasi ini bagi tujuan pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 kilometer dari kediaman,

“Aktiviti yang perlu seperti membaiki kerosakan kenderaan, membaikpulih kerosakan di dalam rumah, mendapatkan rawatan perubatan dan keadaan kecemasan contohnya kematian ahli keluarga terdekat,” katanya.

Huzir turut menegaskan, hanya permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri sahaja akan diiproses buat masa ini dan orang ramai.

“Orang ramai diingatkan jangan menyalahgunakan kemudahan permit pergerakan melalui aplikasi ini,” katanya.

Bagi memudahkan pergerakan permohonan, jadual perjalanan yang telah dirancang adalah seperti berikut:

Tarkih dari:

1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan

2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!