Home Semasa 400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar kembali setiap hari – Ismail Sabri

400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar kembali setiap hari – Ismail Sabri

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 26 Apr – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Johor dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memutuskan 400 orang rakyat Malaysia dari Singapura akan diterima masuk setiap hari di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (Link Kedua).

Beliau berkata bagi mempermudahkan urusan di pintu masuk negara di Tambak Johor dan Link Kedua, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan mengeluarkan entry permit untuk rakyat Malaysia yang berhasrat pulang.

“Bagaimanapun, mereka hendaklah membuat permohonan melalui emel [email protected] sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pulang,

“Permohonan telahpun dibuka dan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah menerima 900 permohonan setakat ini daripada rakyat Malaysia yang berada di republik tersebut,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura akan dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang telah diwartakan sepertimana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!