Home Semasa Waktu operasi pintu keluar masuk Tambak Johor dihadkan kepada 12 jam

Waktu operasi pintu keluar masuk Tambak Johor dihadkan kepada 12 jam

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 21 Apr – Kerajaan hari ini memutuskan untuk memendekkan masa operasi Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dari 24 jam kepada 7 pagi hingga 7 petang bagi pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia dan kenderaan komersial (lori dan kargo) berkuatkuasa 24 April 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kompleks Sultan Abu Bakar (Laluan Kedua) operasi berjalan seperti biasa iaitu 24 jam, termasuk kenderaan komersial seperti lori dan kargo.

“Jika ada kecemasan (seperti kematian) dan keperluan rakyat Malaysia untuk pulang selepas waktu operasi di Tambak Johor ditutup mereka boleh menggunakan Laluan Kedua,” ujarnya.

“Mesyuarat khas menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memutuskan untuk menghadkan operasi Jabatan Imigrisen (JIM) dan agensi-agensi berkaitan di Tambak Johor dan Laluan Kedua,” katanya pada sidang media harian PKP hari ini.

Ismail Sabri memaklumkan daripada laporan JIM tiada kemasukan secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia di pintu masuk dari Singapura.

“Seperti kita tahu, ramai lagi rakyat Malaysia bimbang tentang kemasukan rakyat kita melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua yang pulang dari Singapura,

“Setakat ini kemasukan rakyat Malaysia dari Singapura hanya sekitar 400 orang sahaja,” ujarnya.

Menurutnya lagi, individu yang masuk melalui pintu masuk Johor diwajibkan menjalani kuarantin wajib di Pusat Kuarantin seperti diumumkan sebelum ini.

“Pusat Kuarantin di Johor sudah ada yang telah ada ditamatkan tempoh kuarantin dan dibenarkan pulang dianggarkan dalam 300 orang sehari,

“Setakat hari ini, kita mempunyai 22 Pusat Kuarantin termasuk hotel di Johor yang mempunyai 6,000 bilik dan masih mampu menambung kemasukan rakyat Malaysia yang pulang,” katanya.

Selain itu, kita bersedia jika ada kepulangan ramai-ramai rakyat Malaysia, kerajaan telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menambah 4,000 bilik lagi menjadikan 10,000 bilik.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan kepada orang ramai supaya terus kekal dan mematuhi kepada peraturan PKP walaupun kes positif COVID-19 dalam negara terus menunjukkan penurunan. – AirTimes

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!