Home Semasa Rembau zon merah pertama menjadi hijau

Rembau zon merah pertama menjadi hijau

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 21 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan daerah Rembau menjadi zon merah pertama bertukar kepada zon hijau.

KKM dalam satu ciapan di Twitter berkata, daerah Rembau menjadi zon hijau selepas 53 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar wad.

Selain itu, 9 zon merah yang telah bertukar menjadi zon kuning (1-20 kes direkodkan) adalah Hilir Perak, Kinta, Sepang, Hulu Selangor, Batu Pahat, Jerantut, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan KKM semalam, sebanyak 5,425 kes positif COVID-19 dicatatkan di seluruh negara. Manakala 3,295 pesakit telah pulih dari jangkitan. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!