Home Semasa Ahli Parlimen Bintulu dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke China

Ahli Parlimen Bintulu dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke China

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 21 Apr – Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, pelantikan Tiong King Sing akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!