Home Semasa PKPD di Simpang Renggam dilanjutkan hingga 14 April

PKPD di Simpang Renggam dilanjutkan hingga 14 April

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 9 Apr – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor yang bermula pada 27 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Menurut beliau, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri pada hari ini.

“Kita setuju sambung empat hari lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan,” katanya semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, kerajaan telah mengisytiharkan PKPD di Simpang Renggam yang bermula 27 Mac hingga 9 April 2020 melibatkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid serta sembilan kampung berhampiran.

Perintah PKPD ini membabitkan lebih 3,570 penduduk tempatan terdiri daripada hampir 700 keluarga di dua kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan sedang memperincikan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, SOP itu akan akan diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi-agensi yang berkaitan.

“MKN telah mengedarkan cadangan SOP tersebut dan kita akan bincang secara terperinci esok,

“KKM juga akan memperincikan dari segi kawasan-kawasan yang berkaitan ketiga-tiga zon (merah, kuning dan hijau),” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!