Home Semasa COVID-19: Pegawai Perkhidmatan Awam setuju kurangkan Imbuhan Tetap Keraian

COVID-19: Pegawai Perkhidmatan Awam setuju kurangkan Imbuhan Tetap Keraian

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 9 Apr – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi telah bersetuju mengurangkan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) untuk menyumbang keapda tabung COVID-19.

Mohd Zuki dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat bersama Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada 7 April 2020 telah bersetuju untuk menyumbang kepada tabung tersebut kerana turut peka dengan situasi semasa negara.

“Kadar pengurangan ITK bagi Gred Utama/Khas B dan C adalah sebanyak 5 peratus serta 10 peratus bagi Gred Utama/Gred Khas A dan ke atas,

“Pengurangan ITK ini dikecualikan kepada pegawai petugas barisan hadapan yang menerima elaun khas dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat,” katanya.

Tambah Mohd Zuki lagi, segala penjimatan daripada pengurangan ITK akan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19.

“Inisiatif ini dilaksanakan atas rasa tanggungjawab para penjawat awam dan sebagai tanda sokongan kepada negara dalam menangani penularan wabak COVID-19,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!