Home Semasa COVID-19: 24.62 juta topeng muka percuma diedarkan kepada rakyat

COVID-19: 24.62 juta topeng muka percuma diedarkan kepada rakyat

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 8 Apr – Kerajaan akan mengagihkan 4 keping topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di seluruh negara bagi membantu kesihatan rakyat dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sebanyak 24.62 juta topeng muka sedang dalam proses pengedaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk diedarkan kepada daerah-daerah di setiap negeri.

“Seperti diumumkan, kerajaan akan mengagihkan secara percuma 4 keping topeng muka kepada setiap isi rumah,

“Ia seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya mereka yang bergejala perlu memakai topeng,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata pengagihan itu kini dalam proses pengedaran yang dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ia akan diedarkan oleh APM kepada Majlis Keselamatan Negeri, seterusnya ke daerah melalui Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah,

“Dari pusat jawatankuasa ini, topeng muka akan diagihkan oleh petugas barisan hadapan ke setiap rumah,

“Untuk penghantaran topeng muka ke Sabah dan Sarawak, akan dihantar melalui penerbangan khas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari Jumaat ini,” jelas Ismail Sabri.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!