Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PKP bukan hanya di sekatan jalan raya sahaja – Panglima Tentera Darat

PKP bukan hanya di sekatan jalan raya sahaja – Panglima Tentera Darat

by Air Times News Network

KUANTAN, 7 Apr – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi mengingatkan kepada orang ramai bahawa pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan hanya tertumpu kepada Sekatan Jalan Raya (SJR) sahaja.

Menurut Panglima Tentera Darat, SJR ini hanya salah satu cara usaha kerajaan untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

“Kejayaan PKP ini hanya dapat dijawab oleh kita semua, mengapa tidak berjaya dan sebagainya bukannya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjawabnya,

“Kita lihat peratus sudah tinggi, tapi pada saya pematuhan itu hanyalah di sekatan jalan raya. Ditempat-tempat lain yang tiada SJR dan pemerhatian oleh pihak berkuasa masih tiada pematuhan,” katanya kepada media semasa tinjauan ke SJR di hadapan KPJ Pahang Specialist Hospital, Tanjung Lumpur

Beliau berkata konsep PKP ini, ia bukan hanya tertumpu kepada jalan raya, ianya juga tertumpu kepada setiap isi rumah untuk memainkan peranan masing-masing sebagai ketua.

“Jadi kalau kita hendak putuskan COVID-19, kita semua kena berkerjasama, ia bukan terletak dibahu kerajaan mahupun pihak berkuasa,” ujarnya.

Ahmad Hasbullah juga berkata seramai 7,000 anggota ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan membantu PDRM dalam meneruskan penguatkuasaan PKP yang memasuki fasa kedua mulai 1 April 2020 untuk memantau pergerakan orang ramai.

Pada perkembangan berasingan, Ketua Polis Pahang, Abd Jalil berkata pihaknya telah mengenalpasti 127 pelancong asing di seluruh Pahang yang membuat keputusan untuk terus tinggal di negara ini ekoran penularan wabak COVID-19 di negara mereka.

Abd Jalil berkata, kesemua mereka terdiri daripada 85 orang yang dilaporkan berada di Pulau Tioman dan 42 orang di Cameron Highlands.

“Mereka berusia diantara 20 hingga 80 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat, China, Sepanyol, Itali, Perancis dan Britain.

“Mereka sudah berada di tempat peranginan itu sebelum PKP bermula pada 18 Mac lepas dan merasakan lebih selamat untuk terus tinggal di sini berbanding pulang ke negara asal,” tegas Abd Jalil.

 

 

 

Related Articles

2 comments

Langgar PKP Sebab Hantar Makanan Pada Awek, Remaja Buat Majistret Ketawa 18 April 2020 - 9:38 pm

[…] SUMBER GAMBAR: Airtimes […]

Reply
Langgar PKP Sebab Hantar Makanan kat Awek, Remaja Beri jawapan world kat abang polis. - Spacerent 20 April 2020 - 1:22 pm

[…] SUMBER GAMBAR: Airtimes […]

Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!