Home Pertahanan dan Keselamatan ATM beri jaminan pintu masuk negara dan sempadan diperketat

ATM beri jaminan pintu masuk negara dan sempadan diperketat

by Bernama

PUTRAJAYA, 7 Apr – Perketat kawalan keselamatan di semua pintu masuk dan sempadan perlu dilakukan untuk mengekang penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama rapat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung perkara itu dan langkah itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu lepas.

“Kami akan memastikan (kawalan keselamatan) pintu masuk utama negara, misalnya lapangan terbang dan juga sempadan diperketat dan ATM memberi jaminan kepada kami bahawa kawalan di semua pintu masuk sudah diperketat.

“Itulah yang kami lakukan sejak seminggu lepas. Tetapi lebih penting adalah mereka yang pulang dari luar negara, kami telah asingkan mereka, iaitu kami telah kuarantin mereka dari 3 April,” katanya dalam sidang akhbar harian mengenai COVID-19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata sebelum ini, kerajaan membenarkan mereka yang pulang dari luar negara dikuarantin di rumah tetapi kini semua yang pulang ke tanah air akan ditempatkan di pusat kuarantin dan hotel.

Ditanya mengenai 202 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya ditahan di Langkawi, Dr Noor Hisham berkata pihaknya sedang menjalankan ujian saringan ke atas mereka. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!