Home Semasa Presiden PAS dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri

Presiden PAS dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dengan bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju melantik Abdul Hadi.

Beliau yang juga Ahi Parlimen Marang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terenggani pada 1999 hingga 2014.

“Abdul Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesirm,” kata PMO.

Menurut kenyataan itu, Abdul Hadi juga pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Manakala Abdul Hadi menerusi catatan di Facebook rasminya berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

“Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat,” ujarnya

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!