Home Semasa COVID-19: Maritim Malaysia, Polis Marin tingkat pengawasan patuhi PKP

COVID-19: Maritim Malaysia, Polis Marin tingkat pengawasan patuhi PKP

by Nurulhuda

Semporna, 1 Apr – Pemantauan berterusan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Semporna dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4, menyaksikan komuniti maritim semakin mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang dilaksanakan sejak 16 Mac lalu.

Maritim Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, rondaan bersama yang dilaksanakan ini mendapati tiada aktiviti pelancongan dan riadah dijalankan sekitar perairan Semporna.

“Operasi Inter-Agensi ini melibatkan dua bot peronda Maritim Malaysia dan dua bot peronda PPM dengan melaksanakan pemantauan disekitar perairan Alur Tando Bulong, Semporna,

“Majoriti yang ditemui di laut adalah di kalangan penduduk setempat dari Pulau Bum-Bum yang ingin membeli keperluan harian di Pekan Semporna,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka telah dinasihatkan agar sentiasa patuh pada PKP serta perlu mengamalkan cara kebersihan seperti disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga hari ini, daerah Semporna mencatatkan jumlah 1 kes positif COVID-19,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!