Home Pertahanan dan Keselamatan Tuduhan anggota tentera pukul rakyat adalah fitnah MELAMPAU – Panglima Angkatan Tentera

Tuduhan anggota tentera pukul rakyat adalah fitnah MELAMPAU – Panglima Angkatan Tentera

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menegaskan dakwaan kononnya seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 di Cheras Baru adalah tidak benar.

“Tindakan ini telah menimbulkan kegusaran awam dan memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan. Tindakan tegas melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikenakan kepada individu yang membuat penularan berita palsu seperti ini,” tegas MKN dalam satu kenyataan.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang TUDM ketika menggulas isu yang sama menegaskan ianya satu fitnah yang melampau.

“Ianya satu fitnah yang melampau,” tegas Panglima Angkatan Tentera kepada Air Times melalui WhatsApp.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan audio yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera kerana mengingkari Perintah Kawalan Pegerakan. Rakaman audio tersebut mendakwa kejadian berlaku di Cheras Baru.

Media tempatan memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon bahawa anggota tentera hanya ditempatkan di lokasi sekatan jalan raya di Cheras. Beliau turut mengesahkan tiada sekatan jalan raya dilakukan di kawasan Cheras Baru.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!