Home Semasa COVID-19: Sumbangan perubatan oleh Yayasan Jack Ma dan Alibaba tiba di Malaysia

COVID-19: Sumbangan perubatan oleh Yayasan Jack Ma dan Alibaba tiba di Malaysia

by Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Dua penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi penularan COVID-19, tiba di Malaysia, semalam.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa penutup mulut dan hidung, kit ujian, kelengkapan perlindungan diri untuk badan dan muka.

“Bekalan tersebut juga akan diedarkan kepada tiga negara Asia Tenggara lain bagi memerangi virus itu,” menurut akaun Twitter rasmi MAHB, @MY_Airports, semalam.

Sejak tercetus wabak COVID-19, MAHB berkata KLIA memainkan peranan penting dalam penyampaian dan pengedaran barang e-dagang dan bekalan perubatan kepada pelbagai negara di rantau ini.

“Pengedaran ke negara lain mempergunakan keupayaan logistik merentas sempadan dalam hab Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) yang pertama di dunia,” menurut pengendali KLIA itu. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!