Home Semasa COVID-19: Satu lagi kematian direkodkan, jumlah terkini 24 orang

COVID-19: Satu lagi kematian direkodkan, jumlah terkini 24 orang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan hari ini melaporkan satu lagi kes kematian akibat wabak COVID-19.

Pelaporan kematian terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif rakyat Malaysia maut akibat wabak itu seramai 24 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian ini merupakan kes yang ke-1,056 melibatkan seorang warga Malaysia berusia 35 tahun.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac 2020. Beliau mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020,

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif pada 20 Mac. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac (semalam) jam 9.30 malam,” kata Dr Noor Hisham menerusi catatan Facebooknya, hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!