1.8K
PUTRAJAYA, 26 Mac – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri telah bersetuju untuk memotong 2 bulan gaji untuk disalurkan ke Tabung COVID-19.
“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19,” kata PMO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kutipan tabung telah mencecah RM8 juta.
Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lalu adalah usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas akibat wabak itu.
“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48,” kata kenyataan itu.