Home Pertahanan dan Keselamatan Rakyat bukan musuh, virus COVID-19 musuh kami – Panglima Angkatan Tentera

Rakyat bukan musuh, virus COVID-19 musuh kami – Panglima Angkatan Tentera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Affendi Buang TUDM menegaskan bukan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan senjata semasa bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Affendi berkata hanya sesetengah anggota tentera sahaja yang dilengkapi senjata untuk tujuan mempertahankan diri semasa SJR.

“Kita (ATM) bawa senjata tu untuk pertahanan diri. Kalau tengok ada dalam lima orang tentera kat situ (SJR) hanya seorang yang bawa senjata,

“Seperti yang saya tekankan, rakyat bukan musuh kita. Cuma kita memantau, musuh kita sebenarnya adalah virus COVID-19,

Beliau diminta mengulas mengenai sesetenggah pihak yang mempertikaikan kehadiran pihak tentera yang membawa senjata semasa SJR.

Tambahnya, beliau berpuas hati dengan anggota yang bertugas seperti yang diamanahkan untuk membantu pihak polis dalam melaksanakan PKP ini.

Affendi menegaskan kehadiran anggota tentera untuk menjaga keselamatan orang ramai bukannya hendak melakukan kekerasan.

“Tetapi ada sesetenggah pihak mempertikaikan kehadiran kita. Ada yang buat (viral) di media sosial, mengatakan kata kita telah menggunakan kekerasan, menyalahguna kuasa, saya rasa ini tidak adil,” ujarnya.

Semalam, Affendi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador menyaksikan penggunaan dan pengoperasian dron di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula mengaturgerakkan penggunaan teknologi dron semalam bagi mengawasi 12 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!