Home Semasa COVID-19 ragut nyawa ke-16

COVID-19 ragut nyawa ke-16

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan melaporkan satu lagi penambahan kes kematian COVID-19 kepada 16 orang setakat malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kes kematian ke-16 ini merupakan kes ke-1,334 seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

“Beliau telah mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020,

“Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020,

“Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!