1.3K
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Kerajaan hari ini memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemaklumkan lanjutan PKP ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia menempuh tempoh lanjutan selama dua minggu itu.
“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID 19 yang baharu masih berlaku,
“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama,” kata Muhyiddin pada perutusan khas, hari ini.