Home Semasa Harga runcit RON95 turun kepada RM1.44, RON97 RM1.74 seliter

Harga runcit RON95 turun kepada RM1.44, RON97 RM1.74 seliter

by Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Harga runcit petrol RON95 turun 38 sen seliter kepada RM1.44, manakala RON97 pula turun 36 sen kepada RM1.74 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 27 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.75.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan golongan B40. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!