PUTRAJAYA, 19 Mac – Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan mesej tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa helikopter tentera akan melaksanakan operasi menyembur racun perosak sebagai usaha membendung penularan wabak Koronavirus (COVID-19).
“Berita ini adalah palsu. Mohon tidak dikongsi dan disebarkan. Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM)1998,” tegas MKN.
Terdahulu, tular mesej yang mendakwa operasi penyemburan racun akan dilakukan oleh pihak tentera. Tinjauan Air Times mendapati mesej yang ditularkan adalah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
“Hari ini, helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit di seluruh negara. Jadi anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam,
“Dan keluarkan semua pakaian yang berada di luar. Apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19),
“Berlaku di Malaysia. Pls (Tolong) memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia,” kata mesej yang tular diterima oleh Air Times.
1 comment
[…] Terdahulu, Air Times melaporkan penafian oleh Majlis Keselamatan Negara akan dakwaan wujudnya operas… […]