Home Semasa 110 kes terbaru jangkitan wabak COVID-19 dikesan

110 kes terbaru jangkitan wabak COVID-19 dikesan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 19 Mac – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengesahkan sebanyak 110 kes terbaru jangkitan wabak Koronavirus-2019 (COVID-19) telah direkodkan pada hari ini.

“Sebanyak 110 kes terbaru dikesan dan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini 900 kes,

“Dari jumlah kes yang baru dikesan, 63 kes melibatkan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” kata Adham semasa sidang media Situasi Semasa COVID-19.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan seramai 20 orang pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan penafasan.

“Terdapat 15 orang pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang,” ujar menteri yang turut menyatakan jumlah pesakit telah sembuh dari wabak itu di negara ini adalah seramai 70 orang.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!