Home Semasa Wisma Putra bantu rakyat Malaysia terkandas di India

Wisma Putra bantu rakyat Malaysia terkandas di India

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 18 Mac – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Wisma Putra sedang berusaha mencari jalan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India.

Beliau berkata warga Malaysia itu terkandas susulan keputusan kerajaan India berkaitan COVID-10 dan bukan kerana kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan mereka pulang.

Hishammuddin berkata, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibenarkan pulang tetapi mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas pulang.

“Saya ambil maklum ramai rakyat Malaysia terkandas dan hadapi masalah untuk dapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan Kerajaan India berkaitan COVID-19,

“Diharapkan mereka yang terkandas bertenang. Walaupun, ini di luar bidang kuasa kita kerana perlu bergantung kepada budi bicara Kerajaan luar untuk memberi kebenaran kepada rakyat kita pulang, Wisma Putra akan bantu yang terdaya,

“Kita telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di sana,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Hishammuddin berkata Taskforce COVID -19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha yang boleh membantu untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia.

Menurut Wisma Putra, seramai 274 orang rakyat Malaysia terkandas di India.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!