Home Semasa Tolong duduk di rumah, lindungi diri dan keluarga – PM

Tolong duduk di rumah, lindungi diri dan keluarga – PM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya tinggal di rumah masing-masing dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Beliau menyeru orang ramai untuk terus berada di rumah dan meluangkan masa bersama-sama anak, isteri serta ahli keluarga bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

“Just stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga),

“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini InsyaAllah dapat dibendung,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.

Muhyiddin berkata inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampung, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan,

“Saya memohon kepada anda, sila letakkan di mana anda berada. Hanya selama dua minggu. Kerana kita mahu memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan,” tegas Perdana Menteri.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!