PUTRAJAYA, 18 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 117 kes jangkitan baharu wabak koronavirus-2019 (COVID-19) telah dikesan pada hari ini.
Angka tersebut menjadi jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 790 kes.
“80 daripada kes baru yang dilaporkan hari ini berkait kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” jelas KKM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Selain itu, 15 pesakit positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan penafasan.
Pihak KKM turut mengesahkan seramai 11 pesakit telah pulih dari jangkitan COVID-19 dan menjadikan jumlah pesakit pulih seramai 60 orang.