Home Semasa Bilik Berita Jabatan Penerangan di tutup

Bilik Berita Jabatan Penerangan di tutup

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menutup serta merta Kompleks KKMM sebagai langkah awal berpandukan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini di seluruh negara dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Jabatan Penerangan Malaysia dalam kenyataan berkata, penutupan serta merta kompleks tersebut adalah seiring dengan Prosedur Tetap Operasi (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehubungan itu, operasi Bilik Berita, Jabatan Penerangan Malaysia ditutup sementara sehingga diberitahu,” jelas kenyataan itu.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020.

Perintah kawalan tersebut turut merangkumi penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara.

Muhyiddin berkata perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!