Home Semasa Paderi dan tabligh korban terkini COVID-19 di Malaysia

Paderi dan tabligh korban terkini COVID-19 di Malaysia

by Fatini Hanis Norzali

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan wabak Koronavirus (COVID-19) telah meragut 2 nyawa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menyatakan kes kematian melibatkan pesakit di Johor dan Sarawak.

“Kedua-dua mangsa mengalami gejala demam dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta disahkan meninggal pada hari ini,” kata KKM dalam satu kenyataan.

Di Johor, mangsa berusia 34 tahun pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Mangsa mengalami gejala demam semenjak 5 Mac 2020 dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19,

“Kesihatan beliau merosot dan telah dimasukkan ke ICU dan disahkan meninggal dunia pada hari ini,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, seorang pesakit berusia 60 tahun di Sarawak dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

“Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020. Beliau kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19 sebelum disahkan meninggal dunia pada hari ini,” kata Adham dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan kematian seorang paderi dari Gereja Emmnuel Baptist, Kuching

Dalam perkembangan lain, Adham menyatakan sebanyak 120 kes baharu dikesan pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 673 kes.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!