KUALA LUMPUR, 17 Mac – Resort World Genting akan ditutup buat sementara waktu bermula esok sehingga 31 Mac 2020 berikutan pengumuman perintah kawalan pergerakan yang di buat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Penutupan itu termasuklah semua hotel, premis makanan, kasino, Taman Tema Skytropolis, kemudahan hiburan, tarikan, pasar raya dan kedai di Resort World Genting.
Resort World Genting dalam satu kenyataan berkata, segala tempahan yang dibuat pada tempoh ini akan dibatalkan dan tetamu boleh mendapatkan bayaran balik atau menukar tarikh tempahan mereka.
“Tetamu yang telah membeli tiket untuk mana-mana tarikan atau pameran di Resort juga akan dikembalikan bayaran,
“Perkara ini turut berkuatkuasa di Resorts World Awana, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi,
“Walaubagaimanapun perkhidmatan penting seperti keselamatan, bomba, utiliti dan klinik akan terus beroperasi sepanjang tempoh itu,” jelasnya
Tambahnya, Resort World Genting akan memulakan operasi kembali pada 1 April 2020.