Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Wanita Bangladesh cuai pandu kenderaan dirempuh kereta perisai Tentera Darat

Wanita Bangladesh cuai pandu kenderaan dirempuh kereta perisai Tentera Darat

by Nurulhuda

SEREMBAN, 16 Mac – Kereta perisai milik Tentera Darat (AV8 GEMPITA) terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada jam 4.20 petang di kilometer 14.6 SPDH itu melibatkan sebuah kenderaan jenis MPV Honda CRV yang dipandu oleh seorang pemandu wanita warganegara Bangladesh.

“Apabila sampai di KM 14.3 Lebuh Raya Seremban  Port Dickson, kenderaan MPV Honda CRV dipandu oleh seorang wanita Bangladesh yang datang dari arah lorong kiri telah menukar haluan secara tiba-tiba dan berada di hadapan kenderaan Perisai,

“Oleh kerana jarak yang sangat dekat, kereta perisai tersebut gagal memberhentikan kenderaan lalu melanggar MPV Honda CRV dan mengheret  kenderaan tersebut ke lorong kecemasan,

“Dalam kemalangan itu, kesemua yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas Aidi Sham ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut sumber yang lain, pemandu Honda CRV telah melajukan kenderaan di lorong kiri dan merapati konvoi tersebut sambil mengambil video. Pemandu telah hilang kawalan dan memasuki ke lorong kanan secara tiba tiba.

Difahamkan, kereta perisai tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari Kem Rasah Markas 1 Briged menuju ke Kem 2 Armor, Port Dickson setelah latihan Pra Eksesais Satria Gagah telah ditunda ke tarikh yang lain.

“Pergerakan kenderaan tersebut secara konvoi. Kedudukan konvoi didahului dengan Proton Saga diikuti kereta perisai dan terakhir trak 3 tan,

“Kes disiasat mengikut Rule 6 LN 166/59,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!