KUALA LUMPUR, 16 Mac – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah mengeluarkan arahan khas larangan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan, berhubung penularan wabak COVID-19 sehingga 30 Jun ini.
“JPPM adalah sebuah jabatan kerajaan yang mengawal selia pertubuhan-pertubuhan berdaftar di malaysia,
“Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 Akta 335,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sekiranya pada 30 Jun wabak COVID-19 masih dalam situasi meruncingkan, pertubuhan hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada JPPM untuk pertimbangan tempoh perlanjutan , bagi mengelakkan penyalahgunaan undang-undang tubuh pertubuhan akta 335.
“Diharapkan segala usaha dan langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat membantu mencegah penularan COVID-19 dan sekali gus melindungi rakyat Malaysia daripada wabak itu,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak kerajaan sedang melaksanakan pencegahan penularan wabak COVID-19 sebagai pendamik kerana penigkatan kes yang semakin ketara diseluruh dunia. Negara ini juga turut berhadapan dengan situasi jangkitan COVID-19 yang semakain serius.
“Selaras dengan itu, beberapa arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan, semua perhimpunan termasuk mesyuarat diarahkan untuk ditangguhkan atau dibatalkan bagi suatu tempoh tertentu,” katanya.