Home Semasa COVID-19: Semua fasiliti awam di bawah Kementerian Pelancongan ditutup sehingga 30 April

COVID-19: Semua fasiliti awam di bawah Kementerian Pelancongan ditutup sehingga 30 April

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 16 Mac – Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) hari ini mengarahkan penutupan sementara semua fasiliti awam di bawah kelolaan kementerian.

Keputusan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19.

Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Sri Nancy Shukri berkata dalam satu kenyataan, bahawa penutupan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 April 2020.

“Semua Ketua Jabatan dan Agensi telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit,” katanya.

MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini iaitu selari dengan usaha yang dikendali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara fasiliti awam yang diarahkan tutup sementara adalah:

i. Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

ii. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

iii. Jabatan Warisan Negara (JWN)

iv. Arkib Negara Malaysia (ANM)

v. Peribadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN MALAYSIA)

vi. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

vii. Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN

viii. Istana Budaya; dan

ix. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC)

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!