Home Pertahanan dan Keselamatan Dihantui rasa bimbang setiap hari kerana suami bertugas di kawasan bergolak

Dihantui rasa bimbang setiap hari kerana suami bertugas di kawasan bergolak

by Fatini Hanis Norzali

SUBANG, 14 Mac – Kesabaran seorang isteri menunggu kepulangan suami tercinta yang bertugas demi negara. Itulah yang akan dihadapi oleh setiap isteri anggota tentera.

Datin Hanesabiri Yusoff, 53, isteri kepada Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA M-14) Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, sebagai isteri beliau selalu bimbang dengan keadaan suami kerana pergolakkan yang berlaku di selatan Filipina.

“Saya takut tak akan berjumpa dengan dia lagi,

“Sebab itu setiap malam saya menghantar pesanan suara kepadanya untuk memohon maaf kerana mungkin ini adalah maaf yang terakhir dari saya kepadanya,” kata Hanesabiri dengan nada yang sebak.

Mej Jen Datuk Ya’cob tiba di tanah air setelah pulang dari misi keamanan di Mindanao, Filipina

Sebagai isteri seorang tentera, beliau berharap semua isteri perwira yang menghadapi pengalaman sama agar sentiasa bersabar dan positif dengan kerjaya suami mereka.

“Kita tidak dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang, sekiranya kita tidak berfikiran positif akan kerjaya suami,” ujarnya.

Hanesabiri juga menegaskan bahawa setiap isteri anggota tentera harus memahami kerjaya suami mereka, kerana disitu terletaknya punca rezeki serta masa depan keluarga.

Ya’cob merupakan ketua misi TPA-M14 yang telah ditugaskan di Mindanao selama setahun, semenjak 6 Mac 2019. Kepulangan mereka telah disambut oleh keluarga tercinta di Pangkalan Udara Subang, semalam.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!