Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada pengawai dan anggota ATM positif COVID-19

Tiada pengawai dan anggota ATM positif COVID-19

by Syahira Rahemi

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada pengawai dan anggota tentera dikesan positif COVID-19.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Pertahanan telah mewujudkan jawatan kuasa khas bagi menangani isu terbabit serta bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika keadaan memudaratkan.

Manakala mengenai penangguhan sebarang aktiviti berkaitan orang ramai kementerian akan menunggu sebarang cadangan dan pandangan daripada KKM berkenaan isu tersebut.

“Apa sahaja yang KKM keluarkan mengenai pencegahan COVID-19 kami (Kementerian Pertahanan) akan ikut, katanya semasa sidang media di Wisma Pertahanan hari ini.

Tambah Ismail Sabri lagi, jika ada keperluan untuk menggunakan aset tentera mereka (Kementerian Pertahanan) akan bersiap sedia sekiranya diperlukan bagi misi kemanusiaan terutamanya di Itali selepas penularan wabak COVID-19 yang dikategorikan sebagai pandemik.

Terdahulu, beliau telah diberi taklimat umum berhubung pentadbiran dan operasi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membincangan tiga perkara iaitu Dialog Kesiapsiagaan, perihal kebajikan anggota tentera dan veteran juga menjadi topik utama.

Selain itu, Kementerian Pertahanan pada masa akan datang turut memberi perhatian serta melaksanakan lebih banyak program dan aktiviti melibatkan tentera dan masyarakat.

“Kementerian akan menggunakan tagline tentera dan rakyat berpisah tiada kerana ATM bukan lah eksklusif untuk tentera sahaja ia juga sebahagian dari masyarakat,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!