Home SemasaGlobal Pertama kali jet pejuang F-35 pintas pesawat Rusia

Pertama kali jet pejuang F-35 pintas pesawat Rusia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Mac –Pesawat pejuang stealth F-35A Tentera Udara Norway telah dihantar untuk memintas beberapa buah pesawat Rusia menghampiri ruang udara negara Scandanavia itu.

Tentera Udara Norway dalam satu kenyataan berkata, 2 buah F-35A telah digegaskan dari Pangkalan Udara Orland setelah radar pertahanan udara mengesan 3 buah pesawat Rusia telah dikesan terbang menghampiri ruang udara Norway.

Ketiga-tiga pesawat Tentera Udara Rusia yang dikesan oleh F-35A adalah terdiri daripada dua pesawat rondaan maritim, TU-142MK dan TU-142MR serta sebuah pesawat pejuang MiG-31.

Salah sebuah pesawat rondaan maritim TU-142 milik Tentera Udara Rusia yang dijejaki oleh F-35A milik Tentera Udara Norway. Foto: Angkatan Tentera Norway

“Kesemua pesawat Rusia terbang dalam ruang udara antarabangsa dan tidak memasuki ruang udara Norway,” kata kenyataan itu.

Tentera Udara Norway memiliki sebanyak 15 buah F-35A. Norway merupakan antara negara pelanggan pesawat pejuang generasi ke-5 keluaran Lockheed Martin dengan tempahan sebanyak 52 pesawat.

Perolehan yang dilakukan oleh Oslo adalah bagi mengantikan pesawat pejuang F-16 yang telah digunakan oleh Tentera Udara Norway semenjak 1980-an.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!