Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut COVID-19: Krew KD LEKIU jalani ujian saringan kedua

COVID-19: Krew KD LEKIU jalani ujian saringan kedua

by Khairunnisa Suhairi

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan akan terus memandang serius terhadap tahap kesihatan krew KD LEKIU bagi membendung ancaman wabak Koronavirus (COVID-19).

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua pegawai dan anggota KD Lekiu telah selesai menjalani ujian saringan kedua Covid-19 di Tambatan Pangkalan Lumut pagi ini.

“Saringan dilakukan oleh 6 Pegawai Perubatan dan 18 paramedik Angkatan Tentera Malaysia dari 96 Hospital Angkatan Tentera (96 HAT) Lumut bersama 3 doktor dan 9 paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas TLDM

Dalam kenyataan yang sama, TLDM menyatakan krew KD Lekiu perlu menjalani 3 peringkat ujian saringan kedua bagi mengesahkan tiada COVID-19 dikesan.

3 peringkat saringan yang dilakukan ialah:

  1. Saringan pemeriksaan kesihatan di mana semua warga ditanya mengenai simptom COVID-19 dan seterusnya pemeriksaan suhu badan.
  2. Pengambilan sampel ujian swab tekak bagi pegawai dan anggota yang mempunyai simptom.
  3. Penghantaran Sampel. Semua sampel yang diambil telah dihantar dihantar oleh petugas 96 HAT (L) ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan keputusan ujian dijangka akan mengambil masa antara 4 hingga 6 jam.

“Sementara menunggu keputusan makmal dikeluarkan, semua krew KD Lekiu akan dikuarantin di atas kapal”, tambah TLDM lagi.

Pada 5 Mac yang lalu, krew KD Lekiu telah melakukan ujian saringan pertama di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu (TPKK) dan hasil ujian mendapati kesemua krew negatif Covid-19.

KD Lekiu telah selesai Pelayaran Mengiringi Petronas Floating Liquefied Natural Gas 2 (PFLNG 2) dari Busan, Korea Selatan ke Perairan Sabah. KD Lekiu telah memulakan pelayaran mulai 5 Feb 2020 dari  (TPKK) dan merapat di jeti Samsung Heavy Indutries (SHI), Geoje-Do, Busan pada 12 Feb 2020.

Galeri gambar dari Markas Tentera Laut Diraja Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!