1.3K
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’aytuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Muhyiddin akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada jam 5 petang ini bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.