Home Politik Sokongan Bersatu kepada PM-8: Syed Saddiq berbohong – Annuar Musa

Sokongan Bersatu kepada PM-8: Syed Saddiq berbohong – Annuar Musa

by Khairunnisa Suhairi

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Syed Saddiq yang menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin menipu Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti  Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Annuar menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini berkata, Muhyiddin tidak pernah menyatakan semua Ahli Parlimen BERSATU menyokong beliau dalam mendapatkan sokongan majoriti untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mengikuti wawancara Syed Saddiq  bersama Al-Jazeera, dia menuduh Muhyiddin menipu Agong dengan mendakwa 36 Ahli Parlimen Bersatu termasuk beliau (Syed Saddiq), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Mahathir menyokong Perdana Menteri (Muhyiddin),

“Ini adalah satu pembohongan, Muhyiddin tidak pernah menyatakan semua Ahli Parlimen Bersatu menyokong dia. Saya terbabit dan menyimpan maklumat terperinci tentang siapa yang bersama kami,” jelas Annuar.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam satu wawancara bersama Al-Jazeera telah mendakwa bahawa Muhyiddin memberi maklumat yang tidak benar kepada Agong tentang majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri itu.

Dalam wawancara itu juga, Syed Saddiq turut menyifatkan pentadbiran Perikatan Nasional sebagai kerajaan ‘tidak sah’ dan kerajaan ‘pintu belakang’.

Related Articles

Leave a Reply