Home SemasaGlobal COVID-19: New York isytihar darurat

COVID-19: New York isytihar darurat

by M.Daim

NEW YORK, 8 Mac – Gabenor New York, Andrew Mark Cuomo telah mengisytiharkan darurat selepas bilangan kes jangkitan koronavirus (COVID-19) di bandar terbesar Amerika Syarikat itu mencecah angka 76 orang.

Pengumuman dibuat selepas 76 kes direkodkan pada semalam.

Menurut Andrew, pengumuman darurat dilakukan bagi mempercepatkan proses tindak balas terhadap penularan wabak COVID-19.

“Pengisytiharan darurat membolehkan pihak berkuasa New York untuk mempercepatkan tindak balas terhadap COVID-19, “ kata Gabenor di akaun media sosialnya.

Melalui pengisytiharan itu, pihak berkuasa New York dapat mempercepatkan perolehan kelengkapan dan peralatan untuk membendung wabak itu.

“Pengisytiharan ini juga membenarkan tenaga kerja profesional yang berkelayakan selain doktor dan jururawat untuk melakukan ujian,

“Selain itu, perolehan peralatan ujian, kerahan tenaga kerja berkaitan dan penyediaan kemudahan makmal dapat dipercepatkan,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Gabenor New York.

Pengisytiharan darurat oleh Gabenor New York akan mempercepatkan tindak balas pihak berkuasa untuk membendung wabak COVID-19.

Selain itu, darurat yang diumumkan turut membenarkan pasukan perkhidmatan perubatan dan kecemasan untuk menghantar pesakit ke kawasan kuarantin, selain daripada hospital.

 

Pada masa yang sama, pihak berkuasa New York dapat melakukan pemantauan harga dan penyiasatan terhadap sebarang kes pencatutan.

 

Menurut Jabatan Kesihatan New York, seramai 65 orang pesakit positif COVID-19 dikesan di kawasan luar bandar New York manakala 11 lagi di dalam bandar.

 

Bandar New York mempunyai kepadatan seramai 8.3 juta penduduk. Kes pertama jangkitan COVID-19 mula dikesan di bandar itu pada 3 Mac lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!